Nadiya Nisaa perkenal Aminah Rose - Utusan Malaysia

Nadiya Nisaa perkenal Aminah Rose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon Nadiya Nisaa melahirkan rasa bersyukur atas kelahiran anak ketiganya, Aminah Rose pada 1 Januari lalu.

Menerusi kemas kini di Instagram, Nadiya, 34, mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang sentiasa mengutuskan doa buatnya.

“Terima kasih dan rasa dihargai sekali apabila sekalian keluarga ada bersama-sama di sisi menanti kelahiran.

“Kamu tahu saya sangat menyayangi kamu semua,” katanya.

Dalam pada itu, Nadiya turut berterima kasih kepada suaminya Saiful Razman Kasim.

“Buat suami tercinta, terima kasih yang tidak terhingga atas kesabaran dan kasih sayang tanpa batas,” katanya lagi.

Pelakon filem Cun itu berkahwin dengan Saiful pada 2009 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Omar yang kini berusia 8 tahun.

Pada 2016, Nadiya yang sepatutnya melahirkan anak kedua namun kehilangan zuriatnya apabila janin yang dikandung meninggal dalam kandungan. – K! ONLINE

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tahniah pelakon @nadnisaa. Selamat berpantang.. #Repost @nadnisaa #adamdanhawa • • • • • Assalamualaikum semua & syukur di atas kebesaranNya saya selamat melahirkan cahayamata ketiga saya, Aminah Rose tanggal 1 Januari 2019 tempoh hari. Terima kasih & rasa dihargai sekali apabila sekalian keluarga ada bersama-sama disisi menanti kelahiran & tak putus-putus doa serta zikir untuk dipermudahkan segala urusan. You guys know how much I love you & cherish you. Apresiasi saya juga buat Doktor Asmah Yun & staf serta nurse di Hospital Pusrawi kerna menjaga saya & bayi sebaiknya. Semoga tugas murni kalian sentiasa mendapat berkah daripada Allah swt. Buat suami tercinta, terima kasih yang tak terhingga atas kesabaran & kasih yang tanpa batas. Saya beruntung sekali. Please spend more time dengan Omar. Dia tengah jealous dalam diam tu saya asyik dengan baby baru je Pantang mode still ON doakan semoga saya recovery dengan jayanya #bullyingomar #NN2019 #newyearsbaby2019

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online) on

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×