Dr. Mahathir harap sambutan Thaipusam baik  - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir harap sambutan Thaipusam baik 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berharap agar sambutan Hari Thaipusam berlangsung dalam keadaan baik. 

Menerusi rakaman video berdurasi seminit yang dimuat naik dalam Facebook rasminya itu, Dr. Mahathir berkata, peristiwa tahunan yang disambut oleh masyarakat Hindu itu juga menggambarkan perpaduan kaum di negara ini. 

Menurutnya, sambutan itu sangat signifikan di negara ini kerana turut dikongsi bersama penganut agama lain. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun penganut agama lain tidak mempunyai kaitan dengan Thaipusam, namun, mereka ingin bersama rakan serta kawan beragama Hindu untuk meraikannya sekali.  

“Oleh itu, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu di negara ini,”katanya di sini malam ini.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×