Keganasan ves kuning belum ada noktah - Utusan Malaysia

Keganasan ves kuning belum ada noktah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 20 Jan. – Sebuah bank dan bangunan kerajaan dirosakkan selepas kira-kira 84,000 penunjuk perasaan anti kerajaan yang dikenali sebagai ves ku­ning mengadakan demonstrasi masuk minggu ke-10 di seluruh Perancis, semalam.

Daily Mail melaporkan, penunjuk perasaan membaling mercun, botol dan batu ke arah polis yang menggunakan gas pemedih mata, meriam air, senjata ‘flash ball’ dan baton untuk menghalang mereka di Les Invalides.

Laporan rasmi menunjukkan demonstrasi terbesar berlaku di bandar selatan Toulouse yang disertai kira-kira 10,000 orang dan bertukar ganas pada lewat petang apabila mereka mula merosakkan bank dan kedai-kedai.

Sebanyak lapan orang cedera manakala 23 lagi ditahan pihak berkuasa.

Dilaporkan kekacauan turut berlaku di Bordeaux, Lyon dan Marseille manakala bangunan kerajaan tempatan di Angers, barat laut Paris juga telah dirosakkan.

Sementara itu di Paris, beberapa penunjuk perasaan membawa replika keranda sebagai simbolik kepada kematian 10 penunjuk perasaan ves ku­ning akibat kemalangan semasa mereka menyekat jalan.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron telah melancarkan beberapa debat kebangsaan untuk memadamkan kemarahan awam serta memulihkan kedudukannya.

Bagaimanapun, anggota Parlimen Angers yang juga ahli parti pemerintah, Matthieu Orphelin berkata, pihaknya akan membatalkan rundingan dengan penunjuk perasaan ves kuning ekoran kejadian kekacauan di bandar berkenaan. – AGENSI

“Kejadian ini telah menimbulkan kemarahan saya apabila melihat bandar yang cantik ini diserang sebegini terutamanya kerosakan yang disebabkan simbol Republik,” kata Orphelin dalam satu kenyataan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×