JCorp sasar lahir 1,500 usahawan tahun ini - Utusan Malaysia

JCorp sasar lahir 1,500 usahawan tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 JOHOR BAHRU 20 Jan. – Johor Corporation (JCorp) menyasarkan untuk melatih lebih 1,500 bakal usahawan dengan nilai jualan terkumpul syarikat berjumlah RM220,000 menerusi program Kelas Rancangan Usahawan (KRU) pada tahun ini.

Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, program KRU merupakan hasil kerjasama strategik JCorp dengan Jabatan Pendidikan Negeri pada 2016 bagi menerapkan nilai keusahawanan di kalangan pelajar sekolah.

Menurutnya, menerusi program itu, peserta dibimbing secara praktikal untuk menguruskan bisnes sendiri termasuk aspek pengurusan kewangan, menangani kos, pemasaran serta stok sekali gus diyakini mampu melahirkan lebih ramai usahawan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehingga kini, seramai 1,980 pelajar telah menerima manfaat daripada pelaksanaan program KRU itu yang telah berjaya merekodkan jualan terkumpul syarikat berjumlah RM483,000,” katanya di sini sebentar tadi.

Beliau berucap dalam majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Johor Corporation (JCorp) dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Perindustrain Nanas Malaysia (LPNM) yang disaksikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub.

Menerusi MoU itu, JCorp akan berkerjasama dengan FAMA dan LPNM bagi memberi latihan, pendedahan serta bimbingan keusahawanan kepada peserta KRU yang terdiri daripada pelajar-pelajar daripada 50 buah sekolah di negeri ini. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×