Ustazah hilang datang ke balai polis, tidak ingat apa berlaku - Utusan Malaysia

Ustazah hilang datang ke balai polis, tidak ingat apa berlaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 17 Jan. – Ustazah yang dilaporkan hilang selepas mengajar di Sekolah Kebangsaan Genting dekat Balik Pulau, Pulau Pinang, Isnin lepas, telah datang ke Balai Polis Kuala Kangsar dalam keadaan selamat.


Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Razali Ibrahim dan berkata Nur Farhana Ibrahim, 27, datang ke balai polis berkenaan seorang diri dan berjalan kaki kira-kira pukul 3.15 petang tadi.


“Beliau masih sukar untuk mengingati, sepanjang kehilangannya (ustazah itu) bermalam di surau untuk tidur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Razali, polis telah menghubungi suami dan keluarga guru terbabit untuk hadir ke balai polis berkenaan dan membawanya pulang.


Nur Farhana disedari hilang selepas gagal dihubungi suaminya yang berusia 30 tahun pada kira-kira pukul 4.30 petang pada Isnin lepas sebelum beliau didapati tidak membawa telefon bimbitnya ke sekolah.


Pihak sekolah turut memaklumkan beliau mengajar seperti biasa pada Isnin, dan seorang guru di situ mendakwa melihat dia keluar melalui pintu belakang sekolah, namun barangan peribadinya seperti beg duit, kunci kereta dan alat tulis didapati masih berada di atas meja di bilik guru manakala keretanya ditemui berada di luar pagar sekolah.


Nur Farhana dikatakan berulang alik lebih 100 kilometer setiap hari dari di Alor Star, Kedah dan Balik Pulau, Pulau Pinang di mana beliau mengajar. – BERNAMA



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×