Pelabur Korea Selatan bertemu Ketua Menteri Sarawak - Utusan Malaysia

Pelabur Korea Selatan bertemu Ketua Menteri Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 17 Jan. – Dua delegasi pelabur dari Korea Selatan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini.


Pejabat ketua menteri berkata delegasi pertama diketuai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OCIM Sdn Bhd, Hu Kwan.


“Hu memberikan gambaran keseluruhan pelaburan semasa OCIM di Sarawak kepada ketua menteri dan memberikan taklimat mengenai rancangan pelaburan baharu syarikat,” menurut kenyataan tersebut.


OCIM Sdn Bhd mengendalikan loji polisilikon dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 14,000 tan di Zon Perindustrian Samalaju, Bintulu dan mempunyai 700 pekerja.


Abang Johari turut menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi dan CEO Dongjin Semichem Co Ltd, Boo-Sup Lee.


Syarikat itu yang melabur di Sarawak adalah pengeluar bahan paparan panel rata dan semikonduktor terkemuka, bahan untuk sumber tenaga alternatif dan agen pembusa. – BERNAMA



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×