Polis selesaikan kes pecah stor simpanan rim kereta dalam masa lima jam - Utusan Malaysia

Polis selesaikan kes pecah stor simpanan rim kereta dalam masa lima jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Tindakan pantas polis berjaya menyelesaikan satu kes pecah stor penyimpanan rim kereta di Jalan Stoner, di sini hanya dalam tempoh lima jam selepas menahan lima lelaki baru-baru ini. 

Kesemua suspek berusia 28 hingga 52 tahun itu ditahan pukul 2 petang pada 12 Januari lalu di Jalan Ladang selepas melakukan jenayah pukul 9 pagi hari yang sama. 

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa berkata, kejayaan itu hasil risikan dan maklumat awam dengan menahan sebuah kereta jenis Proton Satria dinaiki dua suspek di Jalan Ladang di sini. 

Katanya, soal-siasat terhadap mereka kemudiannya membawa penahanan tiga rakan suspek yang berada di kawasan sama. 

“Siasatan lanjut telah membawa penemuan semula 15 rim kereta pelbagai jenis di kedai barangan lusuh sekitar pekan Sabak Bernam. 

“Polis turut merampas sebilah kerambit dan parang panjang yang digunakan suspek semasa memecah masuk stor berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Beliau menambah, hasil semakan mendapati empat daripada lima suspek tersebut mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah 

Jelas Nor Azmi, kesemua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga esok dengan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×