V Shem-Wee Kiong lepasi halangan pertama - Utusan Malaysia

V Shem-Wee Kiong lepasi halangan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong memastikan tempat ke pusingan kedua kejohanan badminton Malaysia Masters selepas menang 21-14, 19-21, 21-9 ke atas gandingan China, Di Zijian-Wang Chang sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil itu, bekas beregu No.1 dunia berkenaan berdepan tentangan sengit apabila diheret sehingga ke set penentuan.

V Shem mengakui mereka menampilkan aksi kurang baik pada perlawanan tersebut kerana perlu membiasakan diri dengan pergerakan angin yang agak kuat di dalam gelanggang.

“Saya fikir permainan hari ini kurang bagus kerana angin agak kuat di dalam gelanggang, sedikit berbeza ketika kami bermain di Thailand Masters.

“Saya harap kami boleh dapatkan keputusan lebih baik tahun ini, namun perlu diingat bahawa cabaran semakin sukar dalam setiap pusingan,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Dalam pada itu, pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia turut mengiringi V Shem-Wee Kiong ke pusingan kedua selepas menewaskan pemain Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk 14-21, 21-18, 21-10. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×