Pemuda serah kepada MT UMNO isu 6 ahli Parlimen buat pusingan 'U' - Utusan Malaysia

Pemuda serah kepada MT UMNO isu 6 ahli Parlimen buat pusingan ‘U’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Pergerakan Pemuda UMNO menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada Majlis Tertinggi (MT) parti bagi menentukan nasib enam ahli Parlimen yang mahu menyertai semula parti itu.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata,pihaknya mengambil pendirian untuk lebih terbuka dalam isu berkenaan.

“Terserah kepada MT. Bagi kita, UMNO adalah parti berprinsip. Pemimpin boleh datang dan pergi,“ katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco Pemuda UMNO kali pertama 2019 di Menara Dato Onn, di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan parti itu ada membincangkan mengenai enam Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mengumumkan keluar UMNO bulan lalu memohon untuk kembali menyertai parti itu.

Menurut Annuar, bagaimanapun setakat ini, tiada keputusan yang khusus dibuat mengenai perkara itu sambil menegaskan belum ada di antara mereka yang mengemukakan borang permohonan untuk menyertai UMNO. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×