Siar fotofit bantu selesai kes jenayah - Utusan Malaysia

Siar fotofit bantu selesai kes jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Pendekatan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu menyiarkan fotofit individu dikehendaki sejak dua tahun lalu berjaya meningkatkan kadar penyelesaian kes jenayah di negeri tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisinoner Fazlisyam Abdul Majid berkata, seramai 235 fotofit suspek disiarkan pihaknya dengan 145 orang telah berjaya ditahan sehingga akhir tahun lalu.

Beliau berkata, hanya 90 suspek yang fotofitnya disiarkan menerusi media dan laman Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Terengganu masih belum dikesan setakat ini.

“Kejayaan menahan ramai suspek dengan pendekatan ini telah meningkatkan kadar penyelesaian kes jenayah di negeri ini kepada 66.2 peratus pada tahun lalu. 

“Sebanyak 49.77 peratus kes pula telah dibawa untuk pendakwaan di mahkamah dan ia merupakan antara tertinggi di negara ini,” katanya pada sidang akhbar di IPK Terengganu di sini hari ini.

Fazlisyam berkata, JSJ Terengganu berhasrat terus menyiarkan fotofit individu dikehendaki polis pada masa akan datang berikutan keberkesanan inisiatif berkenaan. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×