Perkhidmatan khas Rapid Bus sempena Thaipusam - Utusan Malaysia

Perkhidmatan khas Rapid Bus sempena Thaipusam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) akan menyediakan perkhidmatan khas selama dua hari sempena sambutan perayaan Thaipusam bermula dari pukul 5 pagi hingga 12 malam, Ahad ini.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menyediakan sebanyak 18 bas untuk laluan dari Hab Bas Pasar Seni ke Batu Caves melalui Jalan Ipoh dan Jalan Kuching.

“Manakala dua bas turut disediakan dari Stesen LRT Gombak ke Batu Caves melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Kekerapan bagi kedua-dua laluan itu adalah 15 hingga 30 minit.

“Kadar tambang sehala yang dikenakan adalah RM3 bagi laluan dari Pasar Seni dan RM2 dari Stesen LRT Gombak. Kaedah pembayaran adalah tunai sahaja,” kata kenyataan tersebut di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×