NEW YORK 16 Jan. – Palestin akan melancarkan bidaan bagi memperoleh keahlian penuh dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) biarpun berdepan dengan ancaman bakal dihalang oleh Amerika Syarikat (AS).
Ketika ini, Palestin tidak mempunyai status keahlian penuh, sebaliknya hanya sebagai negara pemerhati.
Status keahlian penuh akan membolehkan negara Palestin mendapat sokongan dan pengiktirafan masyarakat antarabangsa. – AFP










