Jumpa mayat dalam longkang - Utusan Malaysia

Jumpa mayat dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Seorang lelaki warga emas ditemui mati di dalam longkang bersebelahan sebuah kilang di Jalan Telok Gong, Pandamaran di sini, petang semalam.

Mayat lelaki berusia 61 tahun itu ditemui orang ramai kira-kira pukul 3 petang oleh orang ramai sebelum penemuan itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat tersebut dengan mendapati mayat berkenaan masih berada di dalam longkang berkenaan.

“Siasatan daripada pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang dipanggil ke lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah berlaku terhadap mangsa.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) , Klang untuk dibedah siasat,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shamsul menjelaskan, hasil bedah siasat mendapati mangsa disahkan mengidap penyakit kencing manis, hepatitis C, angin ahmar, Tuberkulosis (tibi) dan tulang mereput dan tiada sebarang unsur jenayah.

“Mayat mangsa telah dituntut oleh ahli keluarga dengan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,”katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×