Bekas Timbalan Ketua Polis Negara meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas Timbalan Ketua Polis Negara meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Ismail, 90, meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Assunta, Petaling Jaya, dekat sini pagi tadi.

ROSLI ABDUL RAHMAN
ROSLI ABDUL RAHMAN 

Anak ketiga Allahyarham, Rosli Abdul Rahman, 60, berkata meninggal dunia kira-kira pukul 8.15 keluarga di sisi keluarganya selepas dirawat selama lima minggu di hospital tersebut.

“Allahyarham masih boleh bercakap dan sepatutnya boleh keluar dari hospital pada esok, tapi Allah lebih menyayanginya.

“Jenazah Allahyaram disolatkan di Masjid Bukit Aman, di sini sebelum dikebumikan di Tanak Perkuburan Islam Bukit Kiara.” katanya ketika ditemui di Masjid Bukit Aman, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar buat pasukannya.

“Allahyarham sebelum ini walaupun telah bersara pada Disember 1985 tetap meneruskan sumbangan dan kepakarannya dalam bidang siasatan jenayah,” jelas beliau.

Tambah beliau, selain bersara sebagai bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Allahyarham sebelum ini pernah menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ketua Polis negeri dan beberapa jawatan penting yang lain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×