Gambar telur ayam pecah rekod bintang Instagram No.1 di dunia - Utusan Malaysia

Gambar telur ayam pecah rekod bintang Instagram No.1 di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES, California – Gambar sebiji telur ayam berjaya mendapat sebanyak 40 juta Like sehingga semalam sekali gus memintas kedudukan rekod Instagram personaliti televisyen Amerika Syarikat (AS), Kylie Jenner.

Jenner yang berusia 21 tahun memperoleh sebanyak 18 juta Like pada bulan Februari lalu selepas dia berkongsi gambar anak pertamanya, Stormi Webster di Instagram. Dia kemudian dinobatkan sebagai bintang Instagram No.1 di dunia.

Bagaimanapun, kedudukan itu mula tercabar selepas seorang pengguna laman sosial yang menggunakan akaun World Record Egg mencabar netizen untuk ‘menumbangkan’ Jenner dengan bersenjatakan sebiji telur ayam.

Gambar telur itu yang memperoleh kira-kira 14 juta Like sejak petang kelmarin melonjak naik kepada lebih 40 juta like semalam.

Jenner sebelum ini membintangi siri realiti televisyen iaitu Keeping Up with the Kardashians sejak tahun 2007 dan pengasas serta pemilik syarikat kosmetik Kylie Cosmetics. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×