Murray mungkin terpaksa bersara - Utusan Malaysia

Murray mungkin terpaksa bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE 15 Jan. – Andy Murray berdepan situasi paling sukar dalam kariernya, selepas terpaksa membuat keputusan sama ada akan menjalani pembedahan lanjutan yang boleh menamatkan kariernya dalam tempoh seminggu.

Semalam, Murray bergelut dalam permainan lima set sebelum tersingkir seawal pusingan pertama selepas tewas kepada Roberto Bautista Agut 4-6, 4-6, 7-6 (7/5), 7-6 (7/4), 2-6 pada kejohanan Grand Slam, Terbuka Australia,

Pemain kelahiran Scotland itu berkata, dia akan menggantung raketnya, musim ini, berikutan kesakitan pinggul kronik yang dialaminya telah menyebabkan persembahannya longlai dalam dua set pertama, sebelum bangkit dua set berikut dan kemudian menyerah kalah dalam aksi penentuan.

“Ia begitu menakjubkan, terima kasih tidak terhingga kepada semua orang yang datang, hari ini (semalam).

“Jujurnya, saya gembira dapat bermain di sini, jika ini perlawanan terakhir saya, ia adalah cara yang menakjubkan untuk berhenti kerana saya telah memberikan segala-gala yang saya miliki dan ia masih belum mencukupi,” kata Murray yang akan membuat keputusan itu dalam tempoh seminggu lagi.

Sebelum ini, Murray pernah mengumumkan untuk bersara di Wimbledon, tahun ini, dan memberi bayangan perlawanan menentang Agut berpotensi menjadi yang terakhir buatnya kerana dia memerlukan pembedahan besar bagi memulihkan kesakitan pinggulnya.

Sementara itu, dalam aksi hari kedua, Serena Williams dan Novak Djokovic antara pemain pilihan yang meneruskan kemaraan setelah melepasi halangan pusingan pertama dengan menundukkan lawan masing-masing.

Bekas jaguh No.1 dunia, Williams yang memburu rekod gelaran Grand Slam ke-24 tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan cabaran Tatjana Maria dari Jerman 6-0, 6-2, manajala Djokovic menewaskan Mitchell Krueger 6-3, 6-2, 6-2.

Turut melangkah ke pusingan kedua, Karolina Pliskova, Venus Williams, Kei Nishikori, Stan Wawrinka dan pilihan keempat, Alexander Zverev. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×