KOM hampir pasti ikat dua jurulatih asing - Utusan Malaysia

KOM hampir pasti ikat dua jurulatih asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Hasrat Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk mendapatkan khidmat dua jurulatih pakar dari luar negara melatih atlet-atlet olahraga kebangsaan semakin hampir menjadi kenyataan.

Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim berkata, pihaknya sedang dalam rundingan fasa akhir untuk mengikat ‘kontrak’ dengan jurulatih pecut Amerika Syarikat, David Patrick dan pakar lompatan dari Romania, Bedros Bedrosia.

“Kami mahu menggunakan khidmat mereka dalam kadar segera. Jika segalanya berjalan lancar, mungkin Patrick akan berada di Malaysia bulan ini,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja bersama Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil di sini petang tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×