Padah menyamar anggota PDRM - Utusan Malaysia

Padah menyamar anggota PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Akibat menyamar sebagai anggota polis, seorang lelaki warga tempatan ditahan dalam satu pemeriksaan kenderaan  di Tepi Jalan Kuari, Cheras di sini, awal pagi semalam.

Turut ditahan adalah dua orang wanita warga asing tanpa sebarang dokumen perjalanan sah yang turut berada di dalam kereta tersebut.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, dalam kejadian sekitar pukul 12.25 pagi itu anggota daripada Unit Rondaan Bermotosikal (Team Ninja) telah melakukan pemeriksaan rambang ke atas sebuah kereta yang dinaiki oleh seorang lelaki bersama dua orang wanita.

“Sewaktu pemeriksaan dijalankan, lelaki terbabit telah memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis yang bertugas di Bukit Aman dan turut menemui menemui sehelai ‘vest’ berlogo PDRM tertera tulisan polis dengan pangkat Asisten Superintendan (ASP)

“Anggota bertugas kemudiannya mendapati suspek yang berusia 34 tahun itu mula memberikan jawapan yang mencurigakan selepas dia gagal menujukkan kad kuasa polis serta sebarang pengenalan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Mohamed Mokhsein, kedua-dua wanita yang dipercayai warga negara Indonesia itu juga gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan yang sah ketika diminta oleh anggota peronda.

“Kedua-dua wanita berusia 18 dan 22 tahun beserta suspek lelaki itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Cheras untuk tindakan selanjutnya.

“Semakan yang dilakukan tidak menemui sebarang rekod lampau, kesemua mereja juga negatif ujian air kencing dan polis turut merampas sehelai ‘vest’ berlogo PDRM tertera tulisan polis dengan pangkat Asisten Superintendan (ASP),” katanya.

Tambah Mohamed Mokhsein, suspek telah dibenarkan ditahan reman selama tiga hari bermula 14 sehingga 16 Januari dan disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

“Kedua-dua wanita tersebut pula telah ditahan dan reman selama 14 hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(1)(C ) Akta Imigresen,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×