Syarikat import sisa plastik bakal dikenakan cukai  - Utusan Malaysia

Syarikat import sisa plastik bakal dikenakan cukai 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengenakan bayaran fi bagi lesen, verifikasi dan caj kepada syarikat pengimport sisa plastik untuk setiap tan sisa plastik yang diimport masuk ke negara ini. 

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya kini dalam peringkat memperhalusi keputusan itu dari segi undang-undang sebelum dimuktamadkan dalam tempoh satu bulan lagi.

“Selama ini mereka (pengilang) bawa sisa plastik masuk dalam negara dan tidak pernah dikenakan sebarang cukai dan hanya bayar lesen kepada pihak berkuasa tempatan. Itu sahaja mereka bayar, tapi dari segi cukai import dan lain-lain tidak ada.

 “Dengan syarat baharu kita akan kenakan bayaran fi untuk lesen, verifikasi dan caj kepada setiap tan yang diimport. Ketika ini kita dalam proses perundangan dan sebulan lagi kita akan tetapkan kadar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi penerangan umum isu pengurusan sisa plastik di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, langkah kerajaan mengenakan syarat baharu itu antara lain bagi menambah pendapatan negara dan pada masa sama pihaknya akan meneruskan semakan terhadap potensi perniagaan 

“Saya merasakan perniagaan ini berpotensi jika dibuat secara baik dan terancang menggunakan teknologi tinggi selain kilang-kilangnya ditempatkan di kawasan perindustrian yang betul,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×