Penduduk Palestin bantah rang undang-undang keselamatan sosial baharu - Utusan Malaysia

Penduduk Palestin bantah rang undang-undang keselamatan sosial baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH 15 Jan. – Ribuan penduduk Palestin di wilayah Tebing Barat melakukan tunjuk perasaan berhubung rang undang-undang keselamatan sosial baharu kerana khuatir dana kerajaan akan diseleweng.

Protes berkenaan menyebabkan Ramallah, Hebron dan beberapa bandar Palestin lain tutup.

Beberapa ribu orang berhimpun di luar Syarikat Keselamatan Sosial di Ramallah, di mana terletaknya pentadbiran kerajaan Presiden Mahmud Abbas.

Di bawah sistem baharu itu, kakitangan swasta dan majikan mereka perlu membayar sejumlah wang kepada dana yang diuruskan oleh kerajaan.

Pekerja swasta kemudiannya akan menerima pencen ketika mereka bersara.

Penunjuk perasaan berkata mereka tidak percaya kerajaan Palestin akan dapat mengawal dana tersebut dan tiada sebarang jaminan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×