15 kanak-kanak pelarian Syria maut akibat suhu sejuk - Utusan Malaysia

15 kanak-kanak pelarian Syria maut akibat suhu sejuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT 15 Jan. – Sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak pelarian Syria dilaporkan maut ekoran suhu sejuk melampau dan kekurangan penjagaan kesihatan dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata lapan daripada mangsa meninggal dunia akibat suhu sejuk di kem Rukban, tenggara Syria dan tujuh lagi ketika berpindah dari bandar Hajin.

“Suhu sejuk dan keadaan kehidupan yang sukar di Rukban, meningkatkan lagi risiko kepada kanak-kanak berkenaan.

“Dalam masa sebulan, sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak – kebanyakan daripada mereka berusia bawah empat bulan dan paling muda berumur satu jam – telah mati,” kata pengarah rantau UNICEF, Geert Cappelaere. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×