Lesen Hospital Mawar Medical Centre dibatalkan - Utusan Malaysia

Lesen Hospital Mawar Medical Centre dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan membatalkan lesen hospital Mawar Medical Centre (MMC) di Seremban, Negeri Sembilan, berkuat kuasa hari ini, selepas didapati melanggar ketetapan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586].

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, MMC perlu mengembalikan lesen hospital dan memberhentikan operasi hospital serta-merta.

Menjelaskan kronologi kes berkenaan, Dzulkefly berkata, MMC telah mengemukakan representasi kepada kementerian susulan notis surat tunjuk sebab untuk membatalkan lesen yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan pada 12 November lepas.

“Bagaimanapun, pihak Mawar Medical Centre gagal mengemukakan penjelasan dan bukti bahawa mereka tidak melanggar ketetapan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586].

“Oleh itu, representasi yang dikemukakan itu tidak dapat dipertimbangkan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – Bernama
 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×