CHICAGO 11 Jan. – Seorang remaja berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang sejak Oktober lalu selepas ibu bapanya ditembak mati, ditemui selamat, semalam.
Jayme Closs ditemui dengan rambut kusam, kurus, kotor dan memakai kasut besar di bandar Gordon, berhampiran Tasik Superior, timur Gordon.
Akhbar The Star Tribune di Minneapolis melaporkan, Closs melarikan diri dari sebuah rumah dekat Gordon, Winconsin dijumpai dalam keadaan tidak bermaya oleh penduduk.
Ibu bapa mangsa, masing-masing berusia 56 dan 46 tahun ditembak mati di kediaman mereka tahun lalu. -AGENSI










