PDRM serah laporan siasatan kematian Adib kepada mahkamah - Utusan Malaysia

PDRM serah laporan siasatan kematian Adib kepada mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan sepenuhnya laporan siasatan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim kepada Mahkamah bagi proses pendengaran dalam masa terdekat ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, siasatan kes berkenaan telah selesai dan diserahkan kepada mahkamah untuk tindakan lanjut.

“Timbalan Pendakwa Raya telah memfailkan kes ini di mahkamah dan inkues akan bermula dalam masa terdekat. 

“Saya yakin mahkamah akan mendengar semua fakta yang diberikan dan keputusan berhubung kes kematian Adib akan diputuskan seadil-adilnya,” katanya ketika sidang akhbar di Maktab PDRM Cheras di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×