Salah kekal gelaran pemain terbaik Afrika - Utusan Malaysia

Salah kekal gelaran pemain terbaik Afrika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAKAR, Senegal 9 Jan. – Seperti dijangka pemain sensasi Liverpool, Mohamed Salah dinobatkan sebagai pemain terbaik Afrika buat tahun kedua berturut-turut pada malam anugerah bolasepak benua itu awal hari ini.

Pemain antarabangsa Mesir berusia 26 tahun itu mengatasi saingan rakan sepasukan di kelabnya, Sadio Mane dari Senegal dan Pierre-Emerick Aubameyang dari Gabon yang ketika ini beraksi untuk Arsenal.

Ini membolehkan Salah mencipta sejarah muncul pemain pertama negaranya mengekalkan gelaran tersebut berturut-turut dn mengikut jejak Yaya Toure (Ivory Coast), El-Hadji Diouf (Senegal) dan Samuel Eto’o (Cameroon) yang pernah mencipta kejayaan sama. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×