Penaiktarafan Kiulu sebagai daerah kecil sedang dilaksanakan - Utusan Malaysia

Penaiktarafan Kiulu sebagai daerah kecil sedang dilaksanakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUARAN 8 Jan. – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata penaiktarafan Kiulu, yang terletak kira-kira 60 km dari pusat bandar Kota Kinabalu, kepada daerah kecil sedang dalam pelaksanaan.


Beliau berkata perkara itu telah diumumkan sebelum ini dan kini ia dalam proses pelaksanaan untuk menjadi satu lagi daerah kecil baharu di negeri ini.


“Kita telah umumkannya dan ia sedang dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Krismas Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Wilfred Madius Tangau di Dewan Masyarakat Kiulu, dekat sini hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan penduduk setempat yang ingin tahu status penaiktarafan Kiulu sebagai daerah kecil.


Status Kiulu sebagai sebuah daerah kecil telah diumumkan sebelum Pilihanraya Umum ke-14 oleh kerajaan Barisan Nasional, namun ia belum dilaksanakan sehingga berakhirnya pilihan raya lepas.


Namun, kerajaan baharu Sabah yang diterajui Parti Warisan Sabah telah mengumumkan untuk merealisasikan penaiktarafan Kiulu sebagai daerah kecil.


Kiulu yang terletak di daerah Tuaran, berkeluasan 647 kilometer persegi dengan 106 kampung adalah kawasan DUN terbesar dalam Parlimen Tuaran.


Populasinya kini melebihi 50,000 orang yang majoritinya masyarakat Kadazandusun dan kawasan ini terkenal sebagai destinasi pelancongan luar bandar khususnya aktiviti sungai serta berasaskan alam semula jadi. – BERNAMA



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×