Kanak-kanak hilang ditemukan tidak bernyawa - Utusan Malaysia

Kanak-kanak hilang ditemukan tidak bernyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA 8 Jan.- Dua kanak-kanak yang hilang sejak beberapa hari lalu ditemukan tidak bernyawa di sebuah flat kosong berdekatan jalan Shahjalal, Demra di sini.

Pegawai di pejabat polis Demra, Noor-e-Alam Siddique memberitahu mayat Nusrat dan Dola, masing-masing berumur empat tahun dijumpai pihak polis di atas dan bawah katil dalam sebuah rumah di flat tersebut lewat malam semalam.

Namun pihak polis belum dapat mengesahkan punca kematian dua kanak-kanak tersebut.

Sementara itu, operasi mencari pemilik rumah berkenaan giat dijalankan buat masa ini.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×