SANDAKAN 7 Jan. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sandakan berjaya menyelesaikan 23 kes yang melibatkan kes dadah, curi serta pecah rumah di kawasan perumahan PPR Taman Harmoni Sandakan pada tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mohd Azhar Hamin berkata, tiga daripada 19 kes dadah itu adalah dibawah Seksyen 12, 15 kes dibawah Seksyen 15 dan satu kes di bawah Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama masyarakat setempat di kawasan itu bersama pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan,” katanya seperti dilaporkan oleh New Sabah Times.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa memantau aktiviti Rondaan Sukarela di PPR Taman Harmoni, Batu 3, disini, pada Sabtu malam.
Azhar berkata, rondaan bersama itu antara usaha mewujudkan persekitaran yang selamat di kawasan berkenaan.
“Rondaan ini akan dijalankan oleh penduduk disini secara harian atau mingguan dan kita (Polis) akan turut memantau,” ujarnya.










