Polis Tokyo siasat anggota bunuh diri - Utusan Malaysia

Polis Tokyo siasat anggota bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 7 Jan. – Polis Tokyo sedang menyiasat kes bunuh diri membabitkan seorang anggotanya yang bertanggungjawab terhadap kawalan lalu lintas berhampiran lokasi kejadian serangan rempuhan kereta di Harajuku yang mencederakan sembilan orang ketika sambutan Tahun Baharu.

Menurut jurucakap polis Tokyo, suspek, Kazuhiro Kusakabe, 21, memandu kenderaan ke arah orang ramai di pusat fesyen terkemuka tersebut yang mana menyebabkan sekurang-kurangnya seorang mangsa cedera parah.

Katanya, seorang pegawai polis daripada jabatan lalu lintas tempatan dijumpai mati di tingkat bawah Balai Polis Harajuku, sehari selepas insiden tersebut.

“Kepala pegawai tersebut berdarah, di tangan kanannya terdapat sepucuk pistol yang mana sebutir peluru telah digunakan. kita sedang mengenal pasti punca kejadian,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, NHK melaporkan, sumber polis memberitahu anggota polis yang bertugas berhampiran lokasi kejadian rempuhan tersebut telah mengalami gangguan di tempat kerja dan telah meninggalkan nota bunuh diri tanpa mendedahkan butirannya,

Suspek dilaporkan memandu kenderaan dari bandar di barat Osaka itu ditahan kerana disyaki melakukan cubaan membunuh namun motif serangan masih tidak jelas. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×