Budak lelaki tahan sakit 30 minit kaki tersepit palang tempat duduk - Utusan Malaysia

Budak lelaki tahan sakit 30 minit kaki tersepit palang tempat duduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan selama hampir 30 minit selepas kakinya tersepit pada celah tempat duduk berpalang di perhentian bas di Sekolah Rendah Agaman Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Bandar Baru Salak Tinggi di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khairuddin Jamaludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 12.25 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Jelasnya, sewaktu tiba di lokasi, didapati kaki kiri kanak-kanak tersebut tersepit pada palang kedua tempat duduk di perhentian bas itu.

“Anggota bomba yang terlibat bertindak menggunakan alat peregang untuk meregangkan palang pada tempat duduk itu sebelum kaki kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan lima minit kemudian.

“Hasil siasatan mendapati, insiden tersebut berlaku sewaktu kanak-kanak memasukkan kaki ke dalam kerusi berpalang itu sewaktu sedang menunggu ibunya selepas waktu sekolah agama,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut Khairuddin, bagaimanapun, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan pulang ke rumah bersama ibunya.

Jelasnya, operasi menyelamat mangsa tamat kira-kira pukul 12.40 tengah hari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×