Pembesaran AIM, perluas peluang wanita dalam perniagaan - Utusan Malaysia

Pembesaran AIM, perluas peluang wanita dalam perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menyambut baik hasrat Perdana Menteri untuk membantu membesarkan peluang serta keupayaan ekonomi wanita dalam perniagaan.

Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Junaidah Kiting menjelaskan, usaha tersebut merupakan khabar gembira buat wanita malah agensi tersebut sebelum ini berjaya melahirkan wanita yang berjaya dalam perniagaan.

“Cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu membesarkan keupayaan AIM merupakan satu langkah strategik dan kita percaya langkah ini dapat mengukuhkan sosioekonomi bumiputera terutamanya wanita.

“Malah peluang wanita dalam perniagaan juga akan terbuka luas menerusi usaha penambahan modal, lesen serta kontrak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr. Mahathir yang juga merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Kali Ke-2 Sabtu lalu memberitahu, AIM akan diperbesarkan.

Perdana Menteri turut memberitahu, mereka yang berjaya akan dibantu selain pertandingan di antara mereka akan diadakan dengan ganjaran hadiah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×