NGO ingin saman Linda Rafar - Utusan Malaysia

NGO ingin saman Linda Rafar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Aktres Linda Rafar bakal berdepan tindakan undang-undang oleh badan bukan kerajaan (NGO) iaitu De­legation of Nurses (DON) berhubung komennya mengenai la­yanan jururawat di sebuah hospital di Shah Alam baru-baru ini.

Menerusi satu kenya­taan DON kelmarin, pihaknya telah melancarkan kutipan derma untuk menegakkan keadilan bagi jururawat yang terlibat agar insiden seperti itu tidak berulang pada masa akan datang.

“Kami telah berhubung dengan mangsa fitnah dan bersetuju membantu beliau membersihkan namanya.

“Jururawat terbabit juga sudah membuat laporan polis dan segala bukti te­lah disimpan,” kata kenya­taan yang dipetik menerusi akaun Facebook DON.

Menurut kenyataan itu lagi, tindakan undang-undang yang bakal diambil tiada kaitan dengan kes cadar seperti yang ditularkan oleh Linda, tetapi ia berhubung kes buli siber yang dialami jururawat terbabit.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×