BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 31 DISEMBER 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 31 DISEMBER 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ESOK tirai 2018 akan dilabuhkan. Tahun 2018 akan ditinggalkan dengan pelbagai kenangan suka dan duka. Sudah tentu bagi rakyat Malaysia mereka mengharapkan 2019 akan menjanjikan situasi yang jauh lebih baik daripada 2018 sama ada segi ekonomi, pendidikan mahupun taraf hidup.

Sudah cukup bagi rakyat selama tiga tahun sejak 2015, mereka dihidangkan dengan adegan politik yang memualkan. Janganlah pula tahun 2019 mereka ‘disajikan dengan hidangan’ yang sama.

Ramai meramalkan cabaran menanti Malaysia pada tahun 2109 jauh lebih mencabar. Dalam keadaan arena politik yang masih belum stabil, iklim ekonomi juga dijangka memberi cabaran cukup getir bagi rakyat meneruskan kehidupan.

Oleh itu Awang berharap semua pihak tanpa mengira ideologi politik, cukup-cukuplah berpolitik. Kasihani rakyat. Mereka sudah bosan dengan pertikaian dan perbalahan politik yang tidak berkesudahan.

Tahun 2019 adalah tahun untuk kita bersatu demi agama, bangsa dan negara. Rintihan rakyat yang terus mengeluh mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat sedangkan pendapatan semakin menyusut perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan.

Awang sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya terus merahmati negara yang kita cintai ini. Hakikatnya tidak sukar untuk Malaysia terus melangkah maju dan rakyat menikmati kesejahteraan asalkan sang politikus memahami batas-batas bagaimana mahu berpolitik.

Awang – Selamat Tahun Baharu 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×