MIRI – Seorang eksekutif sumber manusia di sini menjadi mangsa terbaharu Parcel Scam setelah kerugian RM8,300 diperdayakan individu menyamar sebagai pegawai polis dari Kedah pada Jumaat lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang wanita berusia 30 tahun pada mulanya dihubungi oleh seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai Zulaikha Othman daripada sebuah syarikat kurier dari Kuala Lumpur.
“Mangsa diberitahu telah menggunakan perkhidmatan syarikat tersebut untuk menghantar barang pada 12 November 2018 kepada individu bernama Sinom Phat Choi di Thailand.
“Barangan tersebut kononnya ditahan polis di Kedah kerana disyaki mengandungi dadah serta terlibat dalam aktiviti penyeludupan wang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










