Tidak boleh kencing selepas digigit labah-labah - Utusan Malaysia

Tidak boleh kencing selepas digigit labah-labah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ONTARIO, Kanada – Seorang lelaki dilaporkan tidak dapat membuang air kecil selepas seekor labah-labah black widow menggigit kakinya berdekatan rumahnya di sini baru-baru ini.

Lelaki berusia 50 tahun itu mulanya tidak mengendahkan gigitan labah-labah tersebut tetapi terpaksa pergi ke hospital selepas berasa sangat sakit dan tidak dapat membuang air kecil.

Doktor unit kecemasan pada mulanya menghantar lelaki itu pulang selepas menyangka kesakitan pada abdomennya berpunca daripada batu karang. Dia mula membuang air kecil semula selepas dua hari dirawat.

Ini kali pertama gejala tidak boleh membuang air kecil itu direkodkan susulan gigitan labah-labah spesies ini yang kebiasaannya menyebabkan tekanan darah tinggi, kuat berpeluh dan sakit otot.

Labah-labah black widow jarang ditemui di Kanada kerana ia lebih suka tinggal di kawasan panas. Fakta ini dipercayai punca lelaki tersebut menyangka labah-labah yang menggigitnya tidak berbahaya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×