SEORANG pengantin baharu yang merupakan pesakit kanser sarcoma atau kanser tisu hanya sempat bergelar isteri selama kira-kira 18 jam sebelum wanita itu meninggal dunia pada pagi 5 Ogos lalu.
Pengantin malang terbabit, Fatin Nursyahirah Yusuf, 24, dari Taman Mahsuri, Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah bernikah dengan pasangannya, Muhammad Saiful Azzam Mohmed, 25, pada pukul 11 pagi hari Jumaat.
Cico dinobat Ratu Cantik Beruk
LENGGOK gaya yang diperagakan oleh seekor beruk betina bernama Cico berjaya memikat para juri untuk menobatkan haiwan tersebut sebagai Ratu Cantik Beruk Peringkat Jajahan Pasir Mas yang diadakan di Stadium Mini Pasir Mas, Kelantan, pada 18 April lalu.
Cico yang berusia enam bulan peliharaan Nor Atiqah Sakri, 26, dari Wakaf Bharu, Tumpat berjaya mengalahkan sembilan lagi beruk yang menyertai pertandingan tersebut.
‘Malaysia 1’ berharga RM1,111,111
Nombor plat khas Malaysia 1 dijual dengan harga RM1,111,111 yang merupakan bidaan tertinggi berjaya diperoleh kerajaan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, jumlah keseluruhan 10 nombor khas popular bernilai RM3.6 juta berjaya dikutip kerajaan.
Pening keterlaluan, pitam selepas minum kopi durian
Tujuh individu termasuk dua warga Nepal mengalami pening kepala keterlaluan dan pitam selepas minum sejenis kopi segera berperisa durian di George Town, Pulau Pinang antara 30 Januari sehingga 4 Februari lalu.
Tudung bawal berharga RM33,000
SeheIai tudung Bawal Exclusive berharga RM33,000 dibeli seorang kontraktor wanita di negeri Kelantan pada April lalu sekali gus menjadikan tudung tersebut yang termahal dijual pada tahun ini.
Pembelian itu mengatasi rekod jualan sehelai tudung bernilai RM21,600 pada tahun 2017.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










