Seputar 2018: Gempa bumi, tsunami landa Palu - Utusan Malaysia

Seputar 2018: Gempa bumi, tsunami landa Palu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter  yang diikuti ombak besar tsunami setinggi lebih tiga meter melanda Pulau Sulawesi di Indonesia pada 28 September lalu.

Bencana berkembar itu mengakibatkan hampir 2,000 orang terbunuh, manakala kira-kira 5,000 penduduk lain hilang dan dipercayai terkorban. Kebanyakan angka kematian direkodkan di bandar Palu, wilayah Sulawesi Tengah. Kira-kira 4,400 orang turut cedera dalam bencana dahsyat itu. 

Ramai mangsa dikhuatiri tertimbus di dalam lumpur selepas gempa dan tsunami itu menyebabkan tanah di kawasan Balaroa dan Petobo di Palu mencair dan ‘menelan’ seluruh kejiranan di bandar itu.

12 ‘budak gua’ diselamatkan  di Thailand 

Kesemua 12 pemain dan seorang jurulatih pasukan bola sepak remaja, Mu Pa (babi hutan) berjaya diselamatkan selepas terperangkap selama 18 hari di gua Tham luang dalam wilayah chiang Rai di utara Thailand sejak 23 Jun lalu.

Pesawat Lion Air terhempas, 189 orang terkorban 

Kesemua 189 penumpang dan kru penerbangan lion air JT610 terkorban dalam nahas udara pada 29 Oktober lalu. Pesawat baharu jenis boeing 737 MaX itu terhempas di laut Jawa, 13 minit selepas berlepas dari Jakarta menuju ke bandar Pangkal Pinang di Kepulauan bangka belitung.

Kebakaran hutan terbesar di California

Jumlah penduduk yang disenaraikan hilang dalam kebakaran hutan, camp Fire di utara negeri california meningkat kepada hampir 1,000 orang. Kebakaran paling dahsyat dalam sejarah california itu memusnahkan kawasan seluas 57,000 hektar dengan lebih 1,000 kediaman musnah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×