Jelajah Kembali Ke Sekolah Wanita PKR tamat di Kemaman - Utusan Malaysia

Jelajah Kembali Ke Sekolah Wanita PKR tamat di Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 30 Dis. – Siri Jelajah Kembali Ke Sekolah Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu sesi 2018 berakhir di daerah ini hari ini.

Ketuanya, Sharifah Norhayati Syed Omar berkata, sebanyak 300 buah rumah telah dilawati sejak awal bulan ini bermula di daerah Besut dan berakhir di Kemaman.

“Program turun padang mendekati masyarakat secara lebih tersasar ini lebih kepada menyelami denyut nadi rakyat di mana kita dapat melihat sendiri kehidupan mereka yang kurang berkemampuan.

“Biasanya penerima akan dipanggil berkumpul di dewan atau balai raya untuk diberi bantuan tapi program ini kita turun padang jumpa mereka, hanya dengan cara ini kita akan lebih memahami dan menyelami masalah mereka,” katanya kepada media di Desa Maidam, Mak Cili dekat sini.

Yang turut hadir, Naib Ketua Wanita PKR negeri, Roskatini Mat Hassan; Bendahari Wanita PKR negeri, Suraya Harun serta Ketua Penerangan Wanita PKR negeri, Siti Fariza Mohd. Sofian.

Program jelajah itu bermula di Besut diikuti Setiu, Hulu Terengganu dan seterusnya di Kemaman yang merupakan Cabang terakhir lapan bahagian di Terengganu.

Sharifah Norhayati berkata, setiap keluarga akan menerima peralatan persekolahan seperti beg sekolah, alat tulis dan wang tunai sebanyak RM50 hingga RM100 mengikut bilangan anak mereka.

“Beliau yang juga Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) Terengganu berkata, program ini juga sejajar dengan dasar ‘pemberdayaan komuniti’ yang ingin diterapkan dalam masyarakat oleh kerajaan PH,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×