Ikan buntal beracun jadi hidangan lazat - Utusan Malaysia

Ikan buntal beracun jadi hidangan lazat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BETONG – Bila disebut ikan buntal, umum pasti terbayang hidupan marin yang berduri serta memiliki racun yang boleh membawa maut, namun begitu ikan yang telah dikeluarkan racun boleh dimasak kari, asam pedas, panggang atau digoreng menjadi hidangan lazat.

Berkongsi pengalaman kepada Bernama, Dari Sait, 56, dari Kampung Manggut, Spaoh berkata, dia belajar sendiri menyiang serta membuang racun ikan buntal kuning seawal usia 20 tahun.

“Membuang racun memerlukan teknik yang betul, di bahagian badan ikan tersebut ada racun di pembuluh darah. Telur ikan buntal juga sedap, di bahagian ini racun berada di selaput telur, selain membuang selaput telur menggunakan pisau, rebus bersama rebung juga dapat membuang racun di bahagian ini.

“Kawasan Spaoh memang terkenal dengan ikan buntal kuning. Kebanyakan penduduk di kawasan ini memang ‘pakar’ menyiang ikan (buang racun) seterusnya masak selera masing-masing,” katanya.

Memakai sarung tangan mengelak duri di bahagian abdomen ikan buntal itu, penulis melihat sendiri kemahiran dimiliki wanita ini, yang mengambil masa tidak sampai seminit membuang racun di bahagian pembuluh darah ikan tersebut. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×