PUC Sport perkemas jualan jersi TRW - Utusan Malaysia

PUC Sport perkemas jualan jersi TRW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 30 Dis. – Selepas terpilih menaja jersi pasukan bola sepak Kelantan musim 2019 melibatkan peruntukkan lebih RM500,000, PUC Sport terus memperkemaskan rantaian jualan jersi ‘The Reed Warriors (TRW)’ dengan mengumpul pengedar di seluruh negara.

Pengarah Urusan PUC Sport, Mohd.Syukry Pauzi berkata, pencarian pengedar itu bertujuan membantu penjual-penjual jersi berkongsi rezeki bersama -sama dengan pihaknya.

“Ciri -ciri kategori pengedar yang kita perlukan adalah mempunyai kedai sendiri, gerai jualan bergerak, serta laman Facebook yang mempunyai pengikut melebihi 10,000 dan personaliti sukan.

“Pengedar mempunyai keistimewaan tersendiri di mana mereka akan mendapat peratusan yang tinggi bagi setiap pembelian,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyampaikan taklimat kepada lebih 50 pengedar PUC di Restoran FZ Cafe di sini hari ini.

Mohd. Syukry berkata, buat permulaan pihaknya kini telah mengeluarkan lebih 30 corak melibatkan jersi dan seluar berlogokan negeri ini untuk dipasarkan pada awal tahun depan.

Katanya, PUC Sport juga akan menyelaraskan semua harga mengikut produk bagi pengedar dan akan sentiasa berhubung bagi meningkatkan jualan.

“Berbekalkan pengalaman PUC Sport yang menyediakan perkhidmatan menjual pakaian sukan mengikut bajet pelanggan saya yakin dapat membantu semua pengedar-pengedar ini.

“Kami telah membuat pelbagai perancangan dan sentiasa mencari peluang untuk memasarkan serta menjualnya. Bagi sesiapa berminat dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihaknya di talian 016-555 7646,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×