Kertas siasatan ugutan Azwanddin telah diserahkan kepada DPP - Utusan Malaysia

Kertas siasatan ugutan Azwanddin telah diserahkan kepada DPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Polis Selangor telah menyerahkan kertas siasatan (IP) berhubung ugutan Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah ingin menyerang balai polis kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kertas siasatan itu diserahkan selepas pihaknya selesai mendapatkan keterangan daripada Azwanddin berhubung isu tersebut. 

“Kertas siasatan telah lengkap dan kami telah serahkannya kepada DPP untuk tindakan selanjutnya. 

“Azwanddin juga telah dibebaskan kira-kira pukul 1 petang semalam dengan jaminan polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azwanddin sebelum ini direman selama empat hari bermula Khamis lalu kerana mengeluarkan kenyataan provokasi semasa berucap pada perhimpunan ‘Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat Waytha Moothy’ anjuran Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) di Dataran Seni, Klang di sini Selasa lalu. 

Dalam ucapan tersebut, Azwanddin mengugut untuk menyerang Balai Polis Klang jika pihak yang terlibat dalam kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim tidak ditangkap polis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×