Kegilaan Tindan Challenge undang kecederaan serius - Utusan Malaysia

Kegilaan Tindan Challenge undang kecederaan serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Dis. – Satu kegilaan manusia pada zaman ini apabila terdapat cabaran demi cabaran me­nuntut individu dan kumpulan tertentu melakukan lagak pa­ling ngeri di luar norma manusia dan mendatangkan kecederaan seperti Keke Challenge, Momo Challenge dan terbaharu, Tindan Challenge.

Tindan Challenge ialah sejenis cabaran iaitu beberapa individu duduk, berdiri, bersandar dan membongkok di atas satu sama lain dan cuba membuat formasi paling canggih serta mungkin pa­ling tinggi atau paling mencabar.

Malah, kebimbangan telah dinyatakan oleh pakar ortopedik, Dr. Mahyuddin Mohamed menerusi hantaran Facebook miliknya yang turut menyaksikan sendiri pesakit-pesakit yang tercedera gara-gara melakukan cabaran berkenaan.

Menurut Mahyuddin, terdapat beberapa kemungkinan kecederaan sekiranya melakukan Tindan Challenge ini termasuk patah tulang, cedera saraf tunjang, lumpuh, sendi terkehel serta skoliosis jika ada kepatahan atau retak tulang belakang.

Tambahnya, elakkan aktiviti itu kerana tulang kanak-kanak jika tidak patah sekali pun masih boleh membengkok akibat tulang lentur.

“Di wad saya sekarang, ada dua pesakit yang patah tulang belakang dan seorang pesakit yang cedera saraf tunjang di bahagian tengkuk. Lumpuh kedua tangan dan kaki.

“Deria sentuhan tak ada, nak kemut tak boleh dan ken­cing pun tak rasa. Ketiga-tiganya akibat jatuh motosikal, kemalangan. Mereka mahukah kemalangan ni? Pastinya tidak. Tidak terlintas pun diri sendiri akan kemalangan. Tau-tau sahaja sudah lumpuh,” katanya.

Mahyuddin mengingatkan bahawa kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sewaktu melakukan cabaran berkenaan, termasuk boleh menyebabkan kegagalan fungsi alat kemaluan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×