Selesaikan segera isu Hazard – Sarri - Utusan Malaysia

Selesaikan segera isu Hazard – Sarri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 28 Dis. – Pengendali Chelsea, Maurizio Sarri menggesa ahli lembaga kelab itu untuk mengakhiri teka-teki tentang masa depan Eden Hazard sekali gus menamatkan spekulasi bintang Belgium tersebut akan meninggalkan Stamford Brigde pada penghujung musim.

Hazard yang masih mempunyai baki kontrak setahun enam bulan iaitu sehingga 2020 bersama Chelsea berkata sebelum ini, dia tidak akan membuat sebarang keputusan tentang masa depannya sehingga berakhir musim ini.

Tindakan Hazard melengah-lengahkan masa untuk me­nandatangani perjanjian ba­haru bersama Blues telah meng­hangatkan lagi spekulasi dikaitkan bakal menyertai Real Madrid.

“Saya tidak tahu, saya hanya bercakap tentang kedudukannya di atas padang, tetapi saya fikir sudah tiba masanya untuk membuat keputusan. Saya fikir kita perlu menyelesaikan masalah ini. Jika kita mahu me­rancang masa depan, kita perlu menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Hazard berjaya meledakkan 19 gol dalam Liga Perdana Inggeris, musim ini, dan turut mencetak nama sebagai penja­ring ketika Chelsea melakar kemenangan 2-1 ke atas Watford dalam perlawanan Boxing Day.

Hazard menyinar, musim ini, sebagai penyerang tengah tetapi di sebalik meraih prestasi hebat, bekas pemain Lille itu menegaskan, dia lebih gemar bermain di bahagian sayap.

Sarri dihujani pelbagai soalan daripada pemberita mengenai keputusan meletakkan Hazard di bahagian tengah, tetapi pe­ngurus Chelsea itu tidak melihat sebarang masalah untuk pemain berkenaan beraksi di kedua-dua posisi tersebut.

“Hazard mampu beraksi selaku pemain sayap dan turut berkebolehan bermain di bahagian tengah. Saya sangat gembira Hazard di posisi itu kerana dia lebih terbuka untuk menjaringkan gol,” ujarnya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×