Mana tempat kami mahu berniaga? - Utusan Malaysia

Mana tempat kami mahu berniaga?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Sudahlah tidak dibantu, malah disuruh menghentikan perniagaan. Bagaimana mahu dapatkan wang untuk menyara keluarga?

Itu keluhan penjaja apabila Kementerian Wilayah Persekutuan berhasrat menghapuskan perniagaan di tepi jalan menjelang 2020 dan menggunakan trak makanan sepenuhnya.

Tinjauan Utusan Ma­laysia di sekitar Cheras dan Bandar Tasik Selatan mendapati rata-rata penjaja mempersoal tindakan pihak berkuasa tempatan itu sehinggakan mereka bertindak mengendahkan per­kara tersebut.

Seorang peniaga pisang goreng, Siti Mariam Zakaria, 30, berkata, penjaja terpaksa menanggung lebih banyak kos sampingan kerana modal permulaan tinggi dan belum pasti memberi keuntungan lebih banyak.

“Untuk membeli trak sahaja sudah memerlukan kos tinggi tidak termasuk modal membeli barangan perniagaan, kos bahan api dan lain-lain.

“Secara tak langsung per­kara itu berkait dengan harga jualan yang kebiasaannya le­bih mahal berbanding di tepi jalan bermula dari RM10 hingga RM25 bahkan kuantiti makanan tidak memuaskan pelanggan,” katanya ketika ditemui di Jalan Permaisuri, di sini hari ini.

Seorang peniaga ma­kanan berlauk, Nur Sabrinas Abdullah, 42, berkata, perniagaan trak makanan terdedah kepada banyak perkara yang merugikan se­perti pembayaran sewa tapak, gaji pekerja dan kos penyelenggaraan.

“Saya akan bergerak ke lokasi berbeza untuk berniaga jadi, lebih tinggi kos dikeluarkan. Lagipun dengan trak makanan, sukar untuk pelanggan memilih lauk yang mereka inginkan dan saya mungkin terpaksa menjual makanan lebih sesuai dengan harga lebih tinggi,” ujarnya.

Sementara itu, peniaga air jagung, Mohd. Faizul Mohd. Fadzil, 26, berkata, dirinya memilih untuk menurut kehendak pihak berkuasa kerana tidak diberikan banyak pilihan untuk berniaga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×