Tioman terima 15 % tenaga menerusi RE - Utusan Malaysia

Tioman terima 15 % tenaga menerusi RE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui anak syarikat milik penuhnya, TNB Energy Services Sdn. Bhd. (TNBES) memperkukuhkan bekalan elektrik di Pulau Tioman menerusi dua projek tenaga boleh diperbaharui (RE) dengan kapasiti 755kW.

TNB dalam kenyataannya berkata, Pulau Tioman yang terletak 32 kilometer dari pantai Pahang akan menerima 15 peratus tenaga elektrik yang dijana sumber RE bermula tahun depan.

Katanya, tenaga itu dijana menerusi stesen hidro mini di Sungai Mentawak yang kini sedang dipulihkan serta pemasa­ngan panel solar di atas bumbung jeti dan pejabat TNB.

“Kerja-kerja untuk stesen hidro mini telah bermula pada November dan kini hampir 87 peratus siap sementara panel solar telah 92 peratus siap.

“Tioman yang terkenal sebagai destinasi skuba dan snorkeling menjadi pulau pertama di Semenanjung Malaysia mendapat elektrik menerusi solar dan mini hidro apabila siap pada 2019,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah TNB, projek tersebut dilaksanakan bagi mengurangkan kos operasi diesel di sam­ping komitmen pihaknya untuk menjadikan Tioman sebagai pulau yang bersih dan hijau untuk penduduk dan pelancong.

Menurutnya, sebahagian be­sar kuasa untuk pulau itu dibekalkan menggunakan gene­rator diesel di stesen kuasa Kampung Tekek dan Kampung Genting dengan kapasiti keseluruhan sebanyak sembilan megawatt (mW).

“Kerajaan menyasarkan te­naga dijana menggunakan RE mencapai 20 peratus menjelang 2030. TNB turut menetapkan sasaran sendiri iaitu mencapai kapasiti RE sebanyak 1,700 MW,” katanya.

TNB baru-baru ini telah memulakan operasi projek solar terbesar di Malaysia di Mukim Tanjung 12, Sepang, Selangor dan menyumbang tenaga boleh diperbaharui (RE) ke Grid Nasional.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×