Masjid Raya 99 Kubah ikon baharu Sulawesi - Utusan Malaysia

Masjid Raya 99 Kubah ikon baharu Sulawesi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 28 Dis. – Masjid Raya 99 Kubah dekat Makassar bakal menjadi ikon baharu Sulawesi Selatan selepas kerja pembinaannya dijangka siap, tahun hadapan.

Ketua Jabatan Sumber Air, Pe­nempatan dan Perancangan Ruang Sulawesi Selatan, Andi Darmawan Bintan berkata, masjid itu bakal siap sepenuhnya pada 2019 jika tidak berlaku penambahan kepada kos bangunan berjumlah 176 bilion rupiah (RM50.3 juta) itu.

Detik News melaporkan, kerajaan Sulawesi Selatan sedang menyediakan bajet berjumlah 58 bilion rupiah (RM16.6 juta) untuk menyiapkan projek ber­kenaan.

Dana itu diperuntukkan untuk membina 17 buah kubah yang belum siap termasuk menara masjid dan kawasan ruang solat yang boleh menampung sehingga 10,000 jemaah pada satu-satu masa.

“Konsep ruang solat ini akan menyamai Masjidilharam yang boleh memuatkan ramai orang. Kemudian akan ada tangga yang bakal dibina untuk jemaah pergi ke ruang solat tersebut,” kata­nya.

Andi mengakui masih me­nunggu laporan audit untuk tahun ini sebelum dana berjumlah 58 bilion rupiah (RM16.6 juta) disalurkan susulan berlakunya proses peralihan kuasa di wilayah berkenaan yang dike­tuai oleh Nurdin Abdullah.

Andi mendakwa, masjid itu yang terletak di kawasan Cen­ter Point of Indonesia (CPI) di Makassar, akan menjadi satu daripada 30 masjid paling unik di dunia.

“Di Indonesia, masjid ini akan tersenarai dalam 10 yang terbaik,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×