Awie dibenarkan pulang ke rumah - Utusan Malaysia

Awie dibenarkan pulang ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Selepas lima hari ditahan di hospital, kesihatan vokalis kumpulan rock legenda, Datuk Awie semakin baik dan telah dibenarkan pulang ke rumah, petang tadi.

“Alhamdulillah, syukur saya sudah keluar dari hospital.Terima kasih atas ingatan, ucapan dan doa semua,” kata Awie kepada Kosmo!

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 50,  dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri sejak minggu lalu kerana kesukaran bernafas.

Sementara itu,  pengurusnya Ejat memberitahu, sebaik sahaja keluar dari hospital Awie tidak terus pulang ke rumah, sebaliknya terus ke studio miliknya kerana menguruskan beberapa perkara yang tertangguh.

Isnin lalu, Awie menerusi Instagram rasminya @awieofficial memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi persembahan bersama Dragon Malaya di Pesta Pulau Pinang, Sungai Nibong, Pulau Pinang yang sepatutnya berlangsung pada malam berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×