Penganggur pukul isteri kerana wang RM100 - Utusan Malaysia

Penganggur pukul isteri kerana wang RM100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan memukul isterinya dengan penyapu di Bachok selepas wanita itu bertanyakan suaminya tentang wang RM100 yang hilang.

Tertuduh, Mohd. Hadi Syazwan Ibrahim, 30, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan sebatang penyapu terhadap isterinya, Che Nur Syamimi Haifaa Mohd. Izha, 29, di sebuah rumah beralamat di Lot 794, Kampung Teratak Pulai, Jalan Pauh Lima, Bachok dekat sini  kira-kira pukul 8 pagi pada 22 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326 A Akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana daripada dua seksaan tersebut.

Mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan jika melibatkan pasangan suami isteri boleh dikenakan hukuman dua kali ganda daripada hukuman asal.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×