Pelan kerangka ekonomi Malaysia masih tidak jelas - Utusan Malaysia

Pelan kerangka ekonomi Malaysia masih tidak jelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat masih tidak jelas dalam hala tuju pembangunan ekonomi negara kerana sehingga kini masih belum mempunyai pelan tindakan serta kerangka ekonomi baharu.

Pakar ekonomi, Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, ini berbanding yang dilakukan kerajaan terdahulu yang mempunyai pelbagai pelan ekonomi termasuk merancang pembangunan koridor dan infrastruktur.

Katanya yang juga Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kali terakhir, pelan kerangka ekonomi yang diperkenalkan kerajaan terdahulu adalah pada 2010 sebaliknya di bawah kerajaan baharu, tiada.

“Kita berharap sehingga Mac tahun depan, kita akan ada pelan tindakan baharu. Kerajaan baharu ada banyak idea baik dan banyak yang mencabar.

“Malaysia memerlukan pelan kerangka ekonomi baharu untuk maju. Isu tol, syarikat milik kerajaan (GLC),lebuh raya percuma hanyalah isu terpencil. Sekarang, kita perlu bercakap mengenai syarikat multinasional gergasi, perusahaan kecil dan sederhana di peringkat global dan sebagainya. Pada waktu ini, jarang kita mendengar pasal SMECorp dan agensi-agensi lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar terakhirnya sebagai Naib Canselor UKM di Bandar Baru Bangi, dekat sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×