Respa sumbang RM20,000 kepada keluarga anggota URB maut, cedera - Utusan Malaysia

Respa sumbang RM20,000 kepada keluarga anggota URB maut, cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Dis.- Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa) hari ini menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada keluarga anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Konstabel Osman Ibrahim yang koma selepas dirempuh kereta di Jalan Semantan di sini pada 5 Disember lalu.

Presiden Respa, Tan Sri Mohd. Ismail Che Rus berkata, turut menerima cek bernilai RM 10,000 itu ialah keluarga anggota yang meninggal dunia, Konstabel Mohd. Zamiri Sinsian.

Ujarnya, sumbangan daripada seluruh ahli Respa ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesedihan yang kini sedang ditanggung keluarga mangsa.

“Sumbangan ini diserahkan secara serentak kepada ahli keluarga anggota yang terlibat selepas tabung dilancarkan oleh pihak Respa sejak beberapa minggu lalu.

“Oleh itu, diharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban ahli keluarga mereka,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Perubatan Universiti Malaya ( PPUM) di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×